Followers

Tuesday 22 May 2012

Bayi Lahir Bersama Al-Quran

   

Seorang bayi telah dilahirkan bersama al-Quran dari rahim ibunya. Kejadian itu telah memeranjatkan ibunya dan mendapat perhatian dari kalangan ulama. Akhirnya ibunya memeluk agama Islam.

Subhanallah! Bayi Lahir Bersama Al-Quran | Sebelum ini banyak kita mendengar kisah bayi yang dilahirkan mempunyai tanda-tanda keagungan Allah SWT antaranya tulisan kalimah tauhid di bahagian betis bayi. Kini satu kejadian menakjubkan telah berlaku di mana seorang bayi telah dilahirkan bersama sebuah al-quran kecil. Bayi ini diberi nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo oleh sorang ulama yang dikenali sebagai Ustaz Abdul Rahman. Bayi ini telah selamat dilahirkan pada 7 mei 2012.


Para ulama di sana telah menasihati ibu bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi walaupun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran. Akan tetapi ia merupakan suatu kehendak Allah SWT yang mana bayi itu dilahirkan dalam keadaan yang sungguh menakjubkan.

Selain ulama Ustaz Abdul Rahman yang hadir, terdapat juga ulama lain antaranya Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba,Ketua dari Komuniti Nasrulifathi,Ustad Alhaji Abdullahi Akinbode,dan Dr Ramoni Tijani dari Komuniti Islam Alifathiquareeb.

Kuasa Allah SWT dan hidayah dariNya, ibu bayi ini telah memeluk agama Islam pada 13 Mei 2012. Kini ibunya baru sahaja berusia 32 tahun dan telah menukar namanya dari Kikelomo Ilori kepada Sherifat.

 SUMBER : MY BERITA
GAMBAR : KREDIT UNTUK MY BERITA

Kenapa Doktor Bedah Pakai Baju Hijau..?

                                                 

Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa?

Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.

Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.

Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.

Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensiviti terhadap variasi warna merah.

Alasan lainnya adalah, terus-menerus fokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.

Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.

SUMBER : MY BERITA


Sunday 20 May 2012

Petua


Petua Orang Tua Dulu-Dulu :





Petua orang tua dulu-dulu untuk kita amalkan dalam kehidupan kita.Orang tua dulu-dulu penuh dengan amalan petua yang mengagumkan. Ditambahkan lagi dengan faktor jarak rumah ke klinik agak jauh, mendorong orang dulu-dulu mengaplikasikan teknik-teknik ini untuk kesihatan mereka:

Memulihkan Sakit Jantung

Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula.Air rebusan ini diminum 2 kali sehari  pada waktu pagi dan malam.Untuk mengelakkan dari sakit jantung  elakkan dari tidur pada waktu siang,dan lalukan senaman 15minit sehari.

Memerahkan Bibir

Menggunakan hampas halia yang ditumbuk,sapukan perlahan-lahan pada bibir.Lakukan setiap hari untuk kesan yang bagus.

Pitam

Rebuskan pucuk manis bersama air.Embunkan semalam.Lumurkan p dikepala pada keesokkan nya.

Sakit Kepala

Jika sering sakit kepala tumbuk daun setawar ( 3helai ) hingga lumat.Temppekkan dikepala dan balutkan,boarkan selama semalaman.

Mengurangkan Tekanan

Ubat untuk anda mengurangkan tekanan ialah dengan mengambil air kelapa muda. Campurkan dengan air perahan limau nipis. Minum dengan satu nafas sahaja.

Penawar Batu Karang


Didihkan sebatang pokok matahari bersama akarnya. Biarkan sehingga airnya tinggal kira-kira satu gelas. Setelah sejuk, tapis dan minum seperti air teh dan ulangi sehingga beberapa hari.

Gusi Berdarah

dua helai daun bacang dan daun inai dalam periuk. Apabila mengelegak, campurkan sedikit asam gelugur dan garam. Biarkan seketika. Apabila suam berkumurlah. Amalkan setiap pagi dan malam.


 








Gaya Apex Dalam Final Piala FA 2012

Apek dengan gaya tersendiri semasa Final Piala FA 2012...hehehe



Saturday 19 May 2012

Gambar Fasha Sandha Berkahwin

Dibawah merupakan gambar-gambar menarik fasha sandha di hari perkahwinan...cun betul fasha nih...kekekeke...layan










Gambar ni kami pau dari google, saje nak share kat sini...huhu...kredit kepada pemilik asal gambar...

Friday 18 May 2012

Nikah usia 16 tahun

                       
Anak sulung untuk ringankan beban keluarga.


                             EKIN (kiri) memakai inai ketika  ditemui di rumah neneknya di Bachok, semalam.

BACHOK: "Demi cinta kami sanggup berkahwin pada usia muda walaupun suami baru berusia 18 tahun," kata Ekin, 16, (bukan nama sebenar) yang selamat diijabkabulkan malam tadi.



“Saya adalah anak sulung daripada lima beradik dan adik bongsu saya sekarang baru berusia dua tahun.

“Demi mereka, saya sanggup berkahwin muda supaya bebanan yang terpaksa ditanggung bapa lebih ringan tambahan lagi dia sendiri sudah berkahwin baru selepas kematian ibu pada 2008,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya, di sini semalam.

Mengimbas perkenalannya dengan suami dikenali sebagai Izad (bukan nama sebenar), Ekin berkata, ia bermula dua tahun lalu ketika mereka belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kandis, Bachok.

“Ketika itu saya berada di Tingkatan Tiga dan akan menempuh Penilaian Menengah Rendah (PMR) manakala Izad berada di Tingkatan Lima dan akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.
Ekin berkata, suaminya bakal melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Perak selepas mendapat keputusan agak membanggakan dalam peperiksaan SPM, baru-baru ini.

Katanya, dia akan tinggal bersama adik-adiknya selepas suaminya menyambung pelajaran.

Ekin berkata, dia sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri walaupun tanggungjawab itu adalah tugas yang sukar untuk dia laksanakan terutama pada usia yang muda.

“Apa yang saya harapkan dari perkahwinan ini adalah supaya rumah tangga saya kekal hingga ke akhir hayat bersama suami dan kami akan buktikan kepada masyarakat yang berkahwin pada usia yang muda bukan menjadi satu masalah dalam alam perkahwinan,” katanya.


SUMBER : BERITA HARIAN

Ustaz Azhar....


Thursday 17 May 2012

Lelaki vs Wanita...

                                                            
   
        

                                                       
               

  • Bibir wanita lebih leper berbanding lelaki
  • Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada lelaki
  • Mata lelaki kebanyakan lebih besar dari wanita
  • Tahap bau wanita 75 % lebih tinggi dari lelaki
  • 48% lelaki berdengkur,berbanding wanita hanya 22%
  • Tulang punggung wanita lebih lebar berbanding lelaki
  • Wanita tidur lebih 1 jam dari lelaki pada waktu malam







Kelebihan Vitamin B17:Mencegah dan Merawat Kanser






                                     


B17 dari Buah Apricot - Kenapa kita Harus makan Apricot kernels ?
Kernels aprikot merupakan kumpulan nut dan seed ( kekacang dan bijirin ). Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakanya adalah kandungan hasiat didalamnya yang sangat luar biasa, terutama Apricot Organik . Dalam bahasa nutrient, Biji Apricot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai vitamin B17. B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, Hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini (kanser). Merupakan pembunuh senyap.
Amigdalin (Vitamin B17) dapat di perolehi didalam beratus-ratus jenis tumbuhan . Dalam diet pemakanan kita harus ada B17. jika tiada B17 dalam diet pemakanan anda boleh di hidapi penyakit kanser. Selain dari Apricot Kernels B17 juga boleh di perolehi dari badam pahit (amigdalin ( mempunyai rasa pahit – badam manis tidak mengandungi B17 ), epal pips, benih-benih anggur, sekuang, buah beri, ubi kayu, biji buah oren dan biji benih yang lain.
Terdapat banyak cara yang anda boleh gunakan untuk melawan kanser. Salah satu ialah dengan cara membina sistem imun supaya ia menjadi sangat kuat dan dapat melindungi anda dari kanser. Satu lagi adalah menggunakan supplement with antioxidants yang dapat melawan carcinogens dalam badan anda. Bagaimanapun, B17 menggunakan cara yang sangat unik. Iaitu secara langsung menyerang sel kanser ( directly attacks cancer cells). Maka hasilnya jauh lebih baik dari cara yang telah saya sebut di atas.
Kajian tentang Amigdalin yang pertama telah di keluarkan dikeluarkan seratus tahun dahulu. Telah disenaraikan dalam kamus-kamus farmakologi sejak dahulu lagi merupakan bahan yang tidak mengandungi toksik. Walau bagaimanapun dalam sebatian B17 terdapat satu unsur kimia yang dinamakan cyanide.ia adalah lengai secara kimia dan tidak berbahaya untuk normal tisu hidup.
Pekara yang sama juga dapat kita lihat dalam garam biasa. Garam sebenarnya terdapat dua unsur kimia didalamnya tetapi tidak bertindak balas dalam badan manusia, bahkan sangat diperlukan dalam badan manusia. Dua unsur kimia yang ada dalam garam adalah natrium dan klorida, maka sebab itu garam dalam istilah kimia disebut Natrium Klorida. Sebenarnya dalam garam ada satu sebatian kimia yang berbahaya klorin. Sudah tentu jika anda makan juga banyak garam pada satu masa anda akan sakit.
Pekara yang sama juga berlaku dalam apricot, Makan jangan berlebihan ikut peraturan yang telah di berikan. Bagaimanapun, amigdalin adalah kurang toksik daripada garam, dan jauh lebih selamat dari gula yang anda makan setiap hari.
Kita sedia maklum bahawa badan kita sentiasa mencipta sel kanser setiap masa. Biasanya sistem imun dapat membunuh sel kanser tersebut. Bagaimanapun pada saat anda berada dalam keadaan stress atau tubuh badan anda berada dalam kondisi yang sangat lemah dan sering terdedah dalam persekitaran karsinogen. Keadaan ini akan membuat sel kanser menjadi sangat kuat sehingga tidak mampu untuk dimusnahkan oleh sistem imun.
B17 dari Apricot seed akan bekerjasama dengan sistem imun dan membunuh sel-sel kanser secara langsung. Untuk pengetahuan anda pada Sel-sel kanser terdapat satu enzim yang dapat membuka ikatan kimia yang terpadu dalam B17 Apricot Seed yaitu cyanide. Maka cyanide akan di bebaskan dari ikatan kimianya yang terdapat dalam B17. Bila cyanide dibebaskan maka cyanide akan membunuh sel kanser. Secara lumrahnya sel yang sihat tidak terdapat enzim ini. Maka sebab itulah B17 tidak akan bekerja pada sel yang sihat. B17 hanya bertindak balas pada sel yang tidak normal dalam badan manusia termasuklah sel kanser, tumor, jerawat atau pun buasir.
Enzim yang terdapat dalam sel kenser dapat membuka kunci amigdalin maka terhasilah cyanide. Jika terdapat lebihan cyanide yang terhasil dari tindak balas metabolik badan yang berkanser dan cyanide tersebut memasuki aliran darah anda. Maka secara semulajadi akan dineutralkan oleh hati.
Hati (liver) berkerja dengan lebih kuat jika terdapat ada unsur toksin dalam badan anda. Sehingga anda dapat melihat kesan kerosakan hati akibat pembersihan toksin dalam badan. Tapi bukan kerosakan dari kanser. Maka jika tubuh kita terlalu banyak toksin dan tidak di keluarkan dari badan, besar kemungkinan kita bakal mengidap kanser hati pula.
Penyelidik-penyelidik di Imperial College London telah membuat ujikaji menggunakan cyanide untuk menghapuskan sel-sel kanser, hasil kajian, mereka mendapati cyanide atau apa-apa toksin yang berada di dalam darah dengan cepatnya dineutralkan oleh hati.
Amigdalin kadangkala dirujuk sebagai Vitamin B17 dan ditemui dalam nitriloside kaya dengan buah buahan dan tumbuh-tumbuhan. digunakan sebagai terapi utama, kecuali kepada mereka yang menjaga pemakanan yang baik, menjaga Ph tubuh dengan baik, tiada pencemaran toksin dalam badan. Telah digunakan untuk merawat penghidap-penghidap kanser dalam beberapa klinik di seluruh dunia.




SUMBER : puspanita.motour.gov.my

Anda Stress..?

Setiap dari kita  mengalami tekan yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan,dan banyak lagi.

 Tekanan adalah fizikal serta mental. Ia di sebabkan oleh kejadian utama kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka.Sebagai respon yang terhadap kejadian2 tadi

Apabila anda sentiasa bereaksi terhadap kedaan yang banyak tekanan (stressful), sama ada kecil atau besar, tanpa membuat penyesuaian fizikal, mental, dan emosional bagi menangani kesannya, maka anda boleh mengalami tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan, kesejahteraan, tenaga, kecerdasan dan hubungan peribadi dan profesional anda. 

Apa yang wajar dilakukan?.....
  
    1) Memahami unsur2 utama yg membawa kpd tekanan
    2) Mengambil tindakan utk mencegahnya.








7 cara menenangkan  minda dari stress :
- senaman pernafasan
- bertafakur ( meditation )
- penggambaran( cth nya gambarab cita2 )
- pengurutan (massage )
- terapi muzik
- berjalan-jalan
- berenang




p/s: i'm a little stressed right now....huhuhuhu

Aidil Zafuan Batal Cerai Rita Rudaini




Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya membenarkan permohonan pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak untuk menarik balik hasrat bercerai dengan isterinya, Rita Rudaini.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan Mohamad Aidil Zafuan berhubung penarikan permohonan cerai yang difailkannya pada 12 April lalu.

Beliau juga mengarahkan Mohamad Aidil Zafuan membayar kos kepada Rita, 36, sebanyak RM250.

Aidil Zafuan, 25, yang diwakili peguam Ahmad Nazib Johari mengemukakan tiga alasan berhubung penarikan balik permohonan bercerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Menurut Ahmad Nazib, permohonan anak guamnya tidak diteruskan kerana Rita tidak bersetuju pada untuk bercerai pada prosiding 30 April lalu.

"Justeru, anak guam saya berhasrat untuk berbaik semula dan mengarahkan isterinya kembali taat dan tinggal di rumah yang disediakannya.

"Anak guam saya juga risau jika diwujudkan jawatankuasa pendamai akan ada campur tangan daripada pihak ketiga. Ini akan mengeruhkan lagi keadaan," katanya.

Ahmad Nazib berkata, pihaknya membantah permohonan kos yang diminta Rita kerana ia bukan dari kesilapan anak guamnya sebaliknya Rita tidak bersetuju untuk bercerai.

Bagaimanapun, Rita yang diwakili peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Md Zain memberitahu mahkamah pihaknya hanya dimaklumkan mengenai penarikan balik itu beberapa jam sebelum prosiding bermula.

"Saya dan Rita agak terkesima apabila Mohamad Aidil Zafuan ingin menarik permohonannya itu. Sepatutnya prosiding hari ini (semalam) adalah untuk melantik wakil ahli keluarga masing-masing bagi membentuk Jawatankuasa Pendamai.

"Kami sudah bersedia dan melantik bapa tiri Rita yang datang dari Kangar, Perlis sebagai menurut arahan mahkamah. Oleh itu, kos perjalanan itu harus dibayar pihak Mohamad Aidil Zafuan," katanya.

Rita yang memakai jubah hitam dan bertudung merah jambu kelihatan tidak bertegur sapa dengan Mohamad Aidil Zafuan, sebaliknya masing-masing pulang bersama ahli keluarga yang hadir di mahkamah.

Mohamad Aidil Zafuan ketika ditemui berharap agar hubungannya dan Rita kembali pulih demi dua anak mereka.

Sementara itu, Ahmad Nazib berkata, permohonan kembali taat terhadap Rita telah difailkan semalam dan notis itu sudah diserahkan kepada peguam yang mewakili Rita.

"Rita akan memfailkan jawapan pembelaan mereka pada tarikh sebutan ditetapkan iaitu pada 18 Jun ini," katanya.

Mengenai kos pembayaran RM250 yang diperintahkan mahkamah semalam, Ahmad Nazib bercadang mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah berhubung keputusan itu.

Pasangan itu berkahwin secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 dan dikurniakan cahaya mata Airit Rayyan Rizqin,4 dan Airit Rafqa Arjuna, 2.

Perkahwinan mereka pada awalnya mendapat tentangan keluarga Mohamad Aidil Zafuan.

Sumber : Sinar Harian

Wednesday 16 May 2012

Lelaki ini dalam bahaya

Ngeri...




























Heh heh heh...lenkali jangan syok sangat korek hidung